HONG KONG: Sekumpulan pelajar sekolah dari Hong Kong memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya membina robot humanoid paling kecil di dunia. Robot humanoid itu dibangunkan oleh pasukan robotik dari Sekolah Lelaki Diocesan yang terdiri daripada Aaron Ho Yat Fung, Isaac Zachary To, Justin Wang Tou Duong dan Ngo Hei Leung. Lapor UPI News, pelajar berkenaan membina robot berukuran 14.097 sentimeter (sm) tinggi, kira-kira 111.76sm lebih rendah berbanding ciptaan sebelum ini.…










