Nissan bakal lancar perkhidmatan teksi tanpa pemandu

Nissan bakal lancar perkhidmatan teksi tanpa pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Syarikat gergasi automotif Jepun, Nissan merancang untuk melancarkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu pada April 2027.

Jelas syarikat berkenaan, perkhidmatan tersebut akan dimulakan dengan ujian percubaan perkhidmatan komersial menggunakan mini van di daerah Yokohama di selatan Tokyo April ini.

“Komuniti tempatan menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan pemandu yang disebabkan oleh populasi penduduk yang semakin menua,” kata Nissan dalam satu kenyataan.

Jelas syarikat itu, Nissan merancang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pengendali pengangkutan dalam usaha menyediakan jaringan rangkaian perkhidmatan baharu yang lebih luas.

Nissan memaklumkan sudah menguji model perniagaan untuk perkhidmatan tanpa pemandu di Jepun dan di luar negara sejak 2017.

Tahun lalu, undang-undang jalan raya di Jepun membenarkan kenderaan tanpa pemandu tahap empat beroperasi di jalan awam dalam keadaan tertentu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN