BAGHDAD: Serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Iraq membunuh seorang komander kanan dari kumpulan bersenjata pro-Iran yang didakwa terlibat dalam serangan ke atas tentera Washington di rantau itu. Washington melancarkan gelombang serangan ke atas sasaran berkaitan Iran di Iraq dan Syria minggu lalu ekoran pembunuhan tiga tenteranya di Jordan pada 28 Januari lalu. Komander Pusat AS (CENTCOM) berkata, komander yang dibunuh Rabu lalu disasarkan sebagai tindak balas terhadap serangan ke…










