BERLIN: Sekumpulan peguam di Jerman memfailkan pertuduhan terhadap beberapa ahli politik paling kanan negara itu, termasuk Canselor, Olaf Scholz, menuduh mereka membantu dan bersubahat dengan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza. Kes tersebut dibawa bagi pihak warga Palestin di Jerman yang mempunyai keluarga di Semenanjung Gaza berikutan sokongan berterusan kerajaan negara itu terhadap Israel. Kes undang-undang itu disokong oleh beberapa organisasi masyarakat sivil, termasuk Pusat Sokongan Undang-undang Eropah, Institut Diplomasi Awam…










