ROM: Sekumpulan enam perompak bersenjata yang didakwa diketuai oleh warga emas berusia dalam lingkungan 60-an dan 70-an ditahan di Itali selepas melakukan beberapa kes pecah premis di pejabat pos di Rom. Lapor Oddity Central, Italo De Witt, 70, Sandro Baruzzo, 68, dan Raniero Pula, 77 kelihatan seperti lelaki tua yang tidak berdaya namun penampilan mereka boleh menipu. Pendakwa raya Itali mendakwa bahawa mereka merupakan ketua kumpulan perompak bersenjata yang kejam…










