Pramugari nampak UFO pink terbang lepasi pesawat

Pramugari nampak UFO pink terbang lepasi pesawat

DENISA Tanase mendakwa melihat objek pelik itu di luar tingkap pesawat yang dalam perjalanan ke Syzmany di Poland. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Seorang pramugari mendakwa ternampak objek bercahaya merah jambu dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) melepasi pesawat dinaikinya, di ruang udara ketika dalam perjalanan ke Poland.

Lapor Mirror, Denisa Tanase, 36, yang bekerja dengan Wizz Air mendakwa melihat objek pelik itu di luar tingkap pesawat yang dalam perjalanan dari Luton, England ke Syzmany di Poland.

Oleh kerana Tanase tidak pasti dengan objek dilihatnya maka dia merakam penampakan cahaya merah jambu itu dengan telefon bimbitnya.

Tanase kemudian melihat semula video dirakamnya dan terkejut dengan objek ditemukannya.

Dakwa Tanase, video berkenaan menunjukkan objek pelik itu bergerak bersebelahan dengan pesawat di ruang udara, kejadian yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

“Sepanjang tempoh setahun saya bekerja sebagai pramugari, saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

“Setelah mengesan objek bercahaya itu, saya bertanya kepada kru lain dan juruterbang sama ada mereka tahu apa-apa tetapi semua orang kelihatan keliru dan mendakwa tidak melihat sebarang penampakan.

“Bentuknya amat pelik seperti bulatan bercahaya yang berkelip-kelip. Pada mulanya saya menganggap ia mungkin pantulan pakaian seragam warna merah jambu kami, tetapi video menunjukkan objek aneh itu bergerak,” ujarnya.

Dalam rakaman video itu, empat objek aneh berbentuk bulat dan berwarna merah jambu kelihatan berkelip-kelip di langit pada waktu malam.

Video diambil Tanase adalah terbaharu dalam siri kandungan disiarkan di media sosial yang mendakwa merakam penampakan objek bercahaya yang aneh. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya