Krisis perumahan: Kanada pertimbang had pelajar asing

Krisis perumahan: Kanada pertimbang had pelajar asing

KANADA mempertimbangkan mengehadkan pelajar asing pada suku pertama dan kedua tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WINNIPEG: Kanada sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan bilangan pelajar antarabangsa yang dibenarkan tinggal di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Imigresen Kanada, Marc Miller menerusi rancangan CTV Question Period ketika negara itu berdepan kritikan disebabkan isu krisis perumahan.

Menurut Miller, kerajaan parti Liberal mempertimbangkan untuk mengehadkan bilangan pelajar antarabangsa pada suku pertama dan kedua tahun ini.

“Jumlah tersebut (bilangan pelajar antarabangsa) amat membimbangkan.

“Sistem itu benar-benar sudah berada di luar kawalan,” katanya seperti dipetik CTV.

Miller bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pengurangan pelajar antarabangsa yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Data rasmi menunjukkan terdapat lebih 800,000 pelajar asing dengan visa aktif di Kanada pada tahun 2022.

Jumlah itu meningkat daripada 275,000 orang yang dilaporkan pada tahun 2012.

Dilaporkan, Kanada bergantung pada penghijrahan untuk memacu ekonomi negaranya dan menyokong populasi warga tua. 

Malah, Perdana Menteri, Justin Trudeau juga meningkatkan penghijrahan tahunan.

Bilangan migran dan pelajar antarabangsa yang semakin meningkat dikatakan menjadi punca krisis perumahan di negara itu, memandangkan golongan tersebut melonjakkan permintaan rumah ketika inflasi memperlahankan pembinaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN