Tiada tsunami di Filipina, penduduk dibenarkan pulang ke rumah - Utusan Malaysia

Tiada tsunami di Filipina, penduduk dibenarkan pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini selepas gempa sekuat 7.4 magnitud melanda bahagian selatan Filipina dan meragut sekurang-kurangnya satu nyawa.

Pihak berkuasa negara ini menyatakan hanya keroasakan kecil dilaporkan di kawasan terjejas.

Gempa bumi yang berlaku semalam itu menggegarkan sebahagian wilayah Surigao Del Sur dan Davao Oriental, sekali gus amaran pemindahan dikeluarkan segera kepada semua penduduk yang tinggal berhampiran pantai.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di Jepun.

Seorang wanita terbunuh apabila dinding rumahnya runtuh lalu menghempapnya.

“Amaran tsunami sudah ditarik balik dan keadaan kembali stabil,” menurut Institut Vokano dan Seismologi Filipina.

Namun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa bagi memastikan keadaan sentiasa selamat.

Lebih 600 penduduk diarahkan berpindah susulan gempa bumi tersebut, dengan kebanyakan mereka masih dilanda ketakutan, bimbang jika berlaku gempa susulan yang kuat.

Pihak berkuasa melaporkan berlaku kerosakan kecil pada sejumlah rumah, manakala agensi penerbangan pula memaklumkan terdapat retakan kecil pada dinding beberapa lapangan terbang. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN