Tentera Indonesia halau bot bawa etnik Rohingya

Tentera Indonesia halau bot bawa etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah kapal tentera laut Indonesia bertindak menghalau bot yang membawa etnik Rohingya dari Myanmar, lapor jurucakap tentera.

Tindakan yang dilakukan di perairan Aceh itu dibuat berikutan peningkatan permusuhan yang tercetus membabitkan kumpulan itu dengan penduduk tempatan.

Jurucakap tentera, Nugraha Gumilar berkata, bot kayu itu ditemui di perairan berhampiran Pulau Weh di luar Sumatera.

“Kapal tentera Indonesia mengiringi bot dipercayai membawa Rohingya itu sehingga mereka berada di luar perairan Indonesia dan tidak akan kembali.

“Tidak begitu jelas anggaran berapa ramai Rohingya berada di atas bot terbabit,” katanya.

Menurut data dari agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR), lebih 1,500 Rohingya mendarat di Indonesia sejak November lalu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN