Serangan bertalu-talu tentera Zionis sukarkan gencatan senjata baharu - Utusan Malaysia

Serangan bertalu-talu tentera Zionis sukarkan gencatan senjata baharu

Malaysia perlu menggerakkan usaha agar mengaktifkan Resolusi 377 (A) Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengeboman berterusan Israel ke atas Gaza mengecilkan peluang untuk gencatan senjata baharu.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani, berkata Qatar akan meneruskan usaha untuk menekan kedua-dua pihak supaya melakukan gencatan senjata.

Pemimpin Qatar itu bercakap dalam Forum Doha.

Negara berkenaan memainkan peranan penting dalam rundingan tempoh kemanusiaan, iaitu gencatan senjata selama seminggu pada akhir November lalu, yang membenarkan pembebasan tebusan dilakukan kedua-dua pihak, lapor BBC.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad, berkata peperangan masih sengit ketika ini.

Beliau berkata, dalam beberapa hari kebelakangan ini, puluhan pejuang Hamas sudah meletakkan senjata mereka dan menyerahkan diri kepada tentera Israel.

“Ini permulaan kepada pengakhiran bagi Hamas,” katanya.

Kenyataan Netanyahu dibuat ketika krisis kemanusiaan di Gaza terus bertambah buruk.

Pada petang Ahad, agensi kesihatan di Gaza berkata hampir 18,000 rakyat Palestin sudah terbunuh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya