Pengawal Zionis kencing atas badan tahanan Palestin, serang guna anjing

Pengawal penjara Zionis kencing atas badan tahanan Palestin, serang guna anjing

TAHANAN Palestin mengibarkan bendera Hamas selepas dibebaskan susulan gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel mendakwa penderaan, pencabulan dan hukuman kolektif dilakukan oleh pengawal penjara Zionis dalam beberapa minggu selepas serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Mereka mendakwa dipukul dengan kayu, dicabul, diserang menggunakan anjing manakala makanan, tilam, bantal serta selimut mereka dirampas.

Menurut laporan BBC, yang bercakap dengan enam tahanan Palestin selepas dibebaskan baru-baru ini, kesemua mereka mendakwa dipukul, dicabul dan didera sebelum dibebaskan dari penjara.

Persatuan Banduan Palestin berkata, beberapa pengawal didakwa kencing ke atas badan tahanan yang digari manakala enam tahanan didakwa maut dalam tahanan Israel sejak tujuh minggu lalu, namun tidak dilaporkan rejim Zionis itu .

Mohammed Nazzal, 18, seorang daripada tahanan yang dibebaskan Israel minggu ini, ditahan di Penjara Nafha tanpa tuduhan sejak Ogos lalu dan sehingga kini tidak tahu kenapa dia ditangkap.

Katanya, 10 hari lalu, pengawal penjara Israel masuk ke dalam selnya dengan mikrofon dan pembesar suara serta cuba menggertak tahanan dengan bertepuk tangan dan menjerit nama mereka.

“Apabila mereka melihat kami tidak bertindak balas, mereka mula memukul kami. Mereka menyuruh kami berdiri, dengan tahanan lebih berusia di belakang dan yang muda di hadapan.

“Mereka kemudian menarik saya dan mula memukul saya. Saya cuba melindungi kepala saya dan mereka cuba mematahkan kaki serta tangan saya pula,” katanya.

Mohammed juga mendakwa, tingkah laku pengawal penjara Israel berubah selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.

Dia berkata, pengawal akan menendang mereka dan menggunakan kayu untuk memukul mereka lebih kerap, malah ada seorang pengawal memijak mukanya.

“Mereka masuk dengan anjing mereka dan membiarkannya menyerang kami, sebelum mereka memukul kami lagi. Jari kedua-dua belah tangan saya patah,” katanya sambil menunjukkan kecederaan di belakang dan bahunya.

Perkhidmatan Penjara Israel bagaimanapun mempertikaikan cerita Mohammed, malah mendakwa remaja itu sudah diperiksa oleh seorang doktor sebelum meninggalkan penjara, dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Persatuan Banduan Palestin, Abdullah al-Zaghary, berkata ramai banduan menyaksikan rakan dalam sel dipukul dengan ganas pada muka dan badan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya