Pelarian Rohingya buang nasi diberi penduduk Aceh, diri khemah sesuka hati - Utusan Malaysia

Pelarian Rohingya buang nasi diberi penduduk Aceh, diri khemah sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Tindakan pelarian Rohingya membuang nasi bungkus yang dibekalkan penduduk tempatan di Aceh mencetuskan rasa kurang senang pengguna media sosial di Indonesia.

Perbuatan itu terbongkar selepas beberapa penduduk meninjau kawasan pantai yang menjadi lokasi pendaratan etnik minoriti itu di daerah Kota Sabang.

Selain itu, kawasan pantai yang sebelum ini bersih dipenuhi sampah sarap dan plastik makanan yang dibuang merata-rata oleh pelarian Rohingya.

Perbuatan pelarian Rohingya itu dirakam Andi Sanjaya dan dimuat naik ke akaun TikToknya @andi.sanjaya86.

Menurut Andi, pelarian Rohingya turut mendirikan khemah sementara dan keadaan itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat.

“Ini suasana di tempat pelarian Rohingya di Sabang. Ada bungkusan nasi yang dibuang di kawasan semak.

“Kita sudah bantu kerana kasihan tapi nasi dengan telur-telurnya dibuang begitu sahaja.

“Ini bukan orang-orang yang lapar tetapi berpura-pura lapar semata-mata mahu dikasihani,” ujar Andi dalam nada marah.

Klip berdurasi 48 saat itu mendapat reaksi negatif pengguna sosial yang rata-ratanya menganggap pelarian Rohingya sebagai tidak bersyukur dan besar kepala.

Difahamkan, Aceh kini sedang bergelut untuk mencari lokasi bagi menampung kira-kira 1,600 pelarian Rohingya selepas kehadiran kumpulan pendatang asing itu terus dibantah penduduk tempatan, ketika Indonesia sedang berusaha untuk membanteras aktiviti penyeludup.

Sikap mengabaikan kebersihan dan sukar diatur menjadi antara punca sebahagian besar penduduk Aceh menolak kehadiran pelarian Rohingya yang menjadi subjek penghapusan etnik di Myanmar.

Penduduk mendakwa kehadiran pelarian Rohingya mengganggu kehidupan seharian mereka, selain muak dengan sikap etnik berkenaan yang gagal berasimilasi serta tidak menghormati adab dan budaya tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN