Pelajar Aceh serbu pusat perlindungan Rohingya - Utusan Malaysia

Pelajar Aceh serbu pusat perlindungan Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ratusan pelajar universiti di Aceh, Indonesia menyerbu pusat perlindungan sementara yang menempatkan lebih 100 pelarian Rohingya, mendesak mereka meninggalkan negara itu.

Kebanyakkan pelajar yang memakai jaket dengan lambang universiti berbeza, memasuki dewan majlis kerajaan di ibu kota Banda Aceh yang menempatkan 137 pelarian Rohingya.

Menurut rakaman yang dilihat wartawan media, mereka menuntut pelarian itu dipindahkan ke pejabat imigresen tempatan supaya boleh dihantar pulang.

Ada di antara pelajar berlari memasuki ruang bawah tanah dan foto tular menunjukkan golongan wanita dan kanak-kanak Rohingya menangis ketakutan.

Pihak berkuasa kemudian membawa golongan minoriti Myanmar yang ditindas itu menaiki trak untuk ke tempat perlindungan lain.

Lebih 1,500 pelarian Rohingya dilaporkan tiba di pantai wilayah Aceh sejak pertengahan November lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kedatangan pelarian itu sebagai kemasukan terbesar dalam tempoh lapan tahun.

Beberapa bot mereka sudah ditolak oleh penduduk tempatan dan dalam beberapa kes, dikembalikan ke laut.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, peningkatan kehadiran pelarian itu disebabkan sindiket pemerdagangan manusia dan berjanji bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk memberikan perlindungan sementara buat mereka.

Kedatangan mereka mula meningkat antara November dan April, yang mana keadaan laut lebih tenang pada bulan itu.

Pelarian Rohingya menaiki bot ke negara jiran Thailand, Indonesia dan Malaysia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN