Paramedik cedera, Israel tembak ambulan - Utusan Malaysia

Paramedik cedera, Israel tembak ambulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan paramedik dilaporkan cedera selepas tentera Israel bertindak melepaskan tembakan ke arah ambulans di utara Gaza.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, dua paramedik dan orang awam cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah ambulans di kawasan Faluja di utara Gaza.

Ambulans tersebut dilaporkan sedang memindahkan pesakit yang cedera ke hospital.

Dalam pada itu, seramai 700 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, satu daripada jumlah kematian harian tertinggi sejak perang bermula pada 7 Oktober.

Peperangan Israel ke atas Gaza semakin memuncak, menyebabkan kematian dan kemusnahan di seluruh Semenanjung Gaza yang terkepung.

Dari utara ke selatan, rakyat Palestin di Gaza berkata, sudah tiada lagi zon selamat, apabila Rafah dan Khan Yunis yang menjadi lokasi pelarian berlindung di selatan Gaza juga turut dibedil.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya