Indonesia tandatangani perjanjian import 3 juta tan beras dari India, Thailand - Utusan Malaysia

Indonesia tandatangani perjanjian import 3 juta tan beras dari India, Thailand

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan kerajaannya memperoleh komitmen mengimport beras dari India dan Thailand bagi menambah bekalan negara itu untuk tahun depan.

Beliau berkata agensi perolehan makanan di negara itu, Bulog sudah menandatangani perjanjian awal untuk satu juta tan beras dari India, selain dua juta tan komitmen dari Thailand.

Jokowi berkata walaupun inflasi utama Indonesia rendah, beliau tetap bimbang mengenai harga makanan dan urusan import akan membantu menjamin kelangsungan bekalan.

“Saya masih bimbang mengenai komoditi makanan. Super El Nino tahun ini menyebabkan pengeluaran beras menurun dan pada 2024, kami meramalkan ia tidak akan kembali ke paras normal lagi,” katanya pada program tinjauan ekonomi di Jakarta.

Jokowi berkata, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ketika mesyuarat pada minggu lalu membabitkan pemimpin Jepun dan Asia Tenggara di Jepun dan mencari import beras dari Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN