Bot terbalik di Libya, lebih 60 pendatang haram dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Bot terbalik di Libya, lebih 60 pendatang haram dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) hilang dan dipercayai mati lemas selepas bot yang mereka naiki karam di pesisir pantai Libya.

Semalam, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) berkata, kejadian itu adalah tragedi terbaru membabitkan PATI di Afrika Utara.

“Sebilangan besar PATI dipercayai maut akibat dipukul ombak tinggi selepas berlepas dari Zuwara, di pantai barat laut Libya,” katanya.

Menurut mangsa yang terselamat, terdapat kira-kira 86 PATI di atas kapal berkenaan dan usaha mencari masih berterusan.

Libya dan Tunisia adalah lokasi pelepasan utama bagi PATI yang sanggup mempertaruhkan nyawa mengharungi pelayaran laut berbahaya dengan harapan untuk sampai ke Eropah, melalui Itali.

Dalam tragedi terbaharu itu kebanyakan mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak, berasal dari Nigeria, Gambia serta negara Afrika lain, kata pejabat IOM, sambil menambah 25 mangsa diselamatkan dan dipindahkan ke pusat tahanan di Libya.

Pasukan IOM menyediakan sokongan perubatan dan mangsa yang terselamat semuanya dalam keadaan baik.

Jurucakap IOM, Flavio Di Giacom berkata, lebih daripada 2,250 orang maut tahun ini di laluan pendatang Mediterranean tengah.

“Ini adalah angka yang besar, namun tidak cukup usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa di laut,” katanya di platform sosial X.

Menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 153,000 pendatang tiba di Itali tahun ini dari Tunisia dan Libya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya