Serangan darat Israel di Gaza berdepan kegagalan?

Serangan darat Israel di Gaza berdepan kegagalan?

SEBUAH kereta kebal milik tentera Israel berada di Semenanjung Gaza ditengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Walaupun sudah seminggu lalu tentera Israel memulakan serangan darat di wilayah Gaza, namun rejim itu masih gagal menumpaskan kumpulan pejuang Hamas.

Malah, rejim zionis itu juga belum dapat tawan Gaza dan kumpulan Hamas pula dilihat masih boleh melancarkan serangan balas.

Lapor Al Jazeera, Israel masih belum dapat menghapuskan keupayaan Hamas melancarkan roket yang menyasarkan pangkalan tentera di Israel pada kadar kira-kira 12 serangan sehari sepanjang minggu.

Namun, jumlah itu dilaporkan pernah menurun kepada sembilan serangan roket pada 3 November lalu.

Data rasmi dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin dan Israel menunjukkan kebanyakan kematian yang berlaku di kedua-dua pihak membabitkan orang awam. 

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan bangganya memaklumkan pasukan tenteranya meraih kejayaan dengan memasuki Gaza namun realitinya kawasan berkenaan sukar ditawan.

Beberapa pakar menyifatkan serangan Hamas dan Israel sudah banyak mengalami perubahan berbanding konfrontasi masa lalu antara mereka dari segi skala dan kerumitan. 

“Apa yang kita saksikan sejak 7 Oktober lalu adalah jenis pertempuran baharu iaitu peperangan hibrid.  

“Hamas mampu melancarkan sebanyak 6,000 roket ke Israel dan jumlah itu menunjukkan keupayaan ketenteraan yang tidak pernah dimiliki kumpulan pejuang itu pada masa lalu.

“Persoalannya bagaimana Hamas boleh melancarkan 20 serangan di 20 kawasan yang berbeza, ini bermakna kumpulan pejuang itu mempunyai latihan dan persiapan yang baik untuk melakukan demikian,” kata profesor dari Lumsa Master School-University, Matteo Bressan.  

Tambah beliau, Briged Qassam sebelum ini pernah melancarkan roket menyasarkan reaktor nuklear dan fasiliti penyelidikan Israel di Dimona, yang mana ia merupakan kali pertama mereka berbuat demikian.

“Sudah tentu ia tidak mudah dan mengambil masa untuk Isreal,” katanya. 

Sementara itu, Komander pasukan khas Amerika Syarikat (AS), Demetries Andrew Grimes berpandangan kumpulan Hamas sudah lama membuat persediaan awal untuk menghadapi pertempuran itu dan mengerahkan banyak roket yang dilancarkan.

“Kebanyakan bateri roket Hamas tertimbus di bawah tanah atau dikerahkan melalui rangkaian terowong di bawah Gaza,” katanya.

Beliau menyifatkan matlamat Israel untuk memusnahkan Hamas sebagai usaha yang amat mencabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN