Ribuan tikus 'serang' Queensland - Utusan Malaysia

Ribuan tikus ‘serang’ Queensland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Beribu-ribu tikus ‘menyerang’ pantai Queensland, Australia menyebabkan penduduk semakin terganggu dengan haiwan perosak itu.

Kawasan itu memerangi pembiakan luar biasa tikus selama berbulan-bulan.

Menurut pakar, lonjakan dalam populasi tikus memaksa haiwan itu bergerak ke pantai untuk mencari lebih banyak makanan tetapi kebanyakannya tidak bertahan dalam perjalanan itu.

Satu video yang disiarkan di media sosial menunjukkan timbunan tikus mati dilonggokkan di tepi pantai dengan dikerumuni puluhan lalat dan serangga lain.

Klip lain menunjukkan sebilangan besar haiwan itu terapung di sungai.

“Sekarang ini ada tikus di mana-mana,” kata penduduk bandar Normanton, Derek Lord.

“Kami mempunyai kenderaan sewa tetapi haiwan ini berjaya memusnahkan sebuah kereta semalaman, mengeluarkan semua pendawaian dari ruang enjin,” kata penduduk bandar Normanton, Derek Lord.

Kata Derek, itik peliharaannya juga terganggu apabila tikus menyelinap masuk ke dalam sangkar mereka.

Tikus-tikus itu juga menyerang bandar Karumba sejak beberapa minggu lalu dan ramai penduduk bimbang haiwan itu akan memberi kesan buruk kepada pelancongan di kawasan berkenaan.

Karumba terkenal sebagai syurga memancing dan memerhati burung.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN