Remaja Thailand nyaris maut tertusuk tempuling di kepala

Remaja nyaris maut tertusuk tempuling di kepala

IMBASAN CT menunjukkan tempuling itu menembusi tengkorak jauh ke dalam otak mangsa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang remaja berusia 14 tahun di Thailand bernasib baik terlepas daripada maut selepas tempuling sepanjang 30.48 sentimeter tertusuk di kepalanya.

Ketika kejadian, Chayathorn Thankrathok bersama rakannya sedang menangkap ikan di sebuah terusan di wilayah Nakhon Ratchasima pada Ahad lalu.

“Apabila Chayathorn melepaskan tempuling ke dalam air, ia terkena batu di bawah permukaan lalu melantun semula ke arah mukanya.

“Tempuling itu menusuk tengkorak remaja itu dan tersangkut di kepalanya,” jelas laporan.

Rakan-rakan lain panik dan terkejut selepas melihat Chayathorn rebah depan mata mereka lalu menghubungi pasukan penyelamat.

Setelah sampai di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati mangsa terbaring atas tanah dalam keadaan sukar bernafas dengan separuh daripada tempuling itu terkeluar dari kepalanya.

Pasukan penyelamat bergegas membawa remaja itu ke Chakkarat Hospital yang mana doktor bertugas memotong bahagian tempuling tersebut.

Imbasan CT menunjukkan tempuling itu menembusi tengkorak jauh ke dalam otak.

Memandangkan prosedur itu terlalu rumit, doktor tempatan terpaksa memindahkan remaja itu ke Hospital Maharat Nakhon Ratchasima yang mempunyai peralatan lebih baik.

“Pakar bedah berjaya mengeluarkan tempuling itu tanpa perlu melihat tengkorak Chaiyathorn yang terbuka.

“Walaupun begitu, dia masih dipantau untuk kemungkinan jangkitan teruk,” jelas laporan. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.