Pemandu ditahan bawa bayi dalam bonet terbuka

Pemandu ditahan bawa bayi dalam bonet terbuka

TANGKAP layar video dia bayi dibawa dalam bonet kenderaan tanpa pintu bonet.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gambar seorang pemandu kereta mengangkut dua bayi yang sedang tidur di dalam bonet yang terbuka tanpa pintu tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Kota Solo, Iwan Sektiadi berkata, kejadian itu dirakam pengguna jalan raya yang berada di belakang kenderaan itu ketika melalui kawasan pasar Kliwon sekitar pukul 9.45 pagi (waktu tempatan) Sabtu lalu.

Kelihatan jelas dalam rakaman itu, kereta berkenaan tiada pintu bonet dan dibiarkan terbuka dengan kedua-dua bayi itu menghadap ke belakang tanpa menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak.

“Selepas rakaman tersebut tular di media sosial, polis segera menjejaki sejumlah kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Pasar Gede di Kota Solo.

“Dengan tindakan pantas petugas di lapangan, kami berjaya mengesan pemandu dan kenderaan tersebut di Hotel Wilayah Gilingan.

“Kami merampas satu unit kenderaan Daihatsu Ayla dan menahan pemilik kereta itu yang dikenali sebagai Rudi dari Ngruki Sukoharjo atas kesalahan memandu dalam keadaan berbahaya,” kata Iwan dipetik Kompas.com.

Hasil siasatan, Rudi berkata, kereta yang dipandunya sedang dibaik pulih dan mengakui terpaksa mencabut pintu bonet kerana kenderaan itu sebelum ini digunakan untuk mengangkut bahan membina rumah.

Jelas Iwan, kereta berkenaan sudah dibawa ke pejabat Unit Trafik Polis Surakarta dan Rudi diminta membuat surat pengakuan tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN