Kumpulan pertama tinggalkan Gaza ke Mesir melalui lintasan sempadan Rafah - Utusan Malaysia

Kumpulan pertama tinggalkan Gaza ke Mesir melalui lintasan sempadan Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Beratus-ratus pemegang pasport asing dan mereka yang cedera di Gaza mula meninggalkan wilayah itu ketika lintasan Rafah ke Mesir dibuka buat kali pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Konvoi bantuan yang sangat diperlukan sudah melepasi kawasan antara Mesir dan Gaza tetapi tiada sesiapa sebelum ini dibenarkan melalui lintasan tersebut.

Kira-kira 545 warga asing bersama kira-kira 90 penduduk yang sakit dan cedera mula beratur awal hari ini di terminal untuk meninggalkan Gaza.

Difahamkan, selepas dibenarkan masuk ke kawasan terminal, barisan panjang dilihat di sekitar kawasan itu bagi pemeriksaan pasport dan dokumen lain.

Turut kelihatan, ambulans menunggu di sebelah Mesir untuk membawa mereka yang cedera dan sakit.

Mereka yang dibawa keluar untuk rawatan di hospital Mesir adalah sebahagian daripada lebih 15,000 yang cedera dalam serangan balas Israel yang sudah membunuh lebih 8,500 orang, dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN