Israel-Hamas setuju sambung sehari lagi gencatan senjata - Utusan Malaysia

Israel-Hamas setuju sambung sehari lagi gencatan senjata

PENDUDUK Palestin berjalan melalui bangunan yang runtuh akibat bedilan udara tentera Zionis di Gaza City. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.

Tentera Israel, dalam kenyataan berkata pemberhentian perang akan berterusan selagi kumpulan pengantara berusaha membebaskan lebih ramai tebusan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin di Israel.

Pemberhentian perang pertama yang diisytiharkan selama empat hari dan dilanjutkan dua hari lagi itu membawa kelegaan kepada penduduk Gaza yang menghadapi pengeboman bertubi-tubi sejak Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN