'Ibu jangan risau pasal saya, semua akan okey' - Utusan Malaysia

‘Ibu jangan risau pasal saya, semua akan okey’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: ‘Ibu, jangan risau pasal saya’

Itulah reaksi seorang kanak-kanak yang cuba menenangkan ibunya selepas dia cedera terkena bedilan udara tentera Zionis di Gaza.

Menerusi rakaman video yang dirakam wartawan bebas, Mohamed Salama, kanak-kanak itu dilihat cedera dengan wajahnya dipenuhi debu runtuhan bangunan.

Ibunya pula kelihatan amat bimbang, namun kanak-kanak lelaki itu terus menenangkan ibunya dengan berkali-kali menyatakan dia stabil.

“Saya dalam keadaan baik, ibu jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja,” kata kanak-kanak tersebut.

Kemudian, kanak-kanak itu memeluk ibunya sambil menangis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN