Gaza terkini: Warga Jepun, Australia tinggalkan Gaza - Utusan Malaysia

Gaza terkini: Warga Jepun, Australia tinggalkan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai 10 warga Jepun bersama lapan ahli keluarga Palestin mereka yang ingin meninggalkan Gaza sudah dipindahkan ke Mesir, lapor jurucakap tertinggi kerajaan Jepun.

Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno juga memberitahu sidang akhbar bahawa seorang warga Jepun yang tinggal di Gaza mahu kekal di sana bersama keluarganya.

Sementara itu, kerajaan Australia berkata, seramai 20 rakyatnya meninggalkan Gaza melalui lintasan sempadan Rafah semalam.

Pegawai konsular dilaporkan menghubungi warga Australia sebelum pembukaan sempadan untuk memberitahu mereka berada dalam senarai individu yang dibenarkan masuk ke Mesir dan harus segera ke sana.

Tidak jelas berapa ramai yang menerima mesej dan dapat melakukan perjalanan.

Timbalan Menteri Luar Negeri Australia, Tim Watts memberitahu ABC News, kerajaan dimaklumkan seramai 65 warga Australia masih berada di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya