Facebook dan Instagram kenakan caj langganan tanpa iklan

Facebook dan Instagram kenakan caj langganan tanpa iklan

META mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna untuk langganan tanpa iklan daripada laman Facebook dan Instagram di benua Eropah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengguna Facebook dan Instagram mengecam pelancaran caj perkhidmatan bagi mengalih keluar iklan daripada dua platform berkenaan.

Syarikat induk Meta milik Mark Zuckerberg yang mengendalikan dua laman media sosial berkata, pihaknya melancarkan pilihan langganan itu demi mematuhi peraturan yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU).

“Bagi mematuhi peraturan Eropah yang sedang berkembang, Meta memperkenalkan pilihan baharu servis diperibadikan secara percuma dengan iklan atau melanggan untuk menyekat iklan.

“Pendekatan ini diambil bagi memastikan maklumat peribadi pelanggan selamat di bawah dasar sedia ada dan Peraturan Perlindungan Data Am EU,” kata jenama tersebut.

Pelan langganan bulanan tersebut berharga 9.99 euro (RM49.94) untuk pengguna web manakala pengguna iOS dan Android perlu membayar 12.99 euro (RM65.53) sebulan.

Meta dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, pengenalan servis tersebut ditawarkan di Switzerland, dan lebih 30 negara Kesatuan Eropah (EU) dan European Economic Area (EEA).

Ramai pengguna mengecam idea itu, malah mengakui sanggup memadamkan akaun mereka daripada membayar untuk keistimewaan tanpa iklan.

“Kami tertanya-tanya siapa yang sanggup membayar hanya untuk menggunakan platform media sosial, apatah lagi Facebook,” tulis seorang pengguna.-AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.