Barat gentar slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’

Barat gentar slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’

RIBUAN penduduk berarak dalam perhimpunan pro-Palestin di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ bergema dalam setiap demonstrasi yang dilakukan di seluruh dunia bagi menekan Israel menghentikan penindasan mereka.

Bagi penduduk dunia, slogan itu menzahirkan kebebasan untuk tanah Palestin dan rakyatnya, namun bagi Israel, slogan tersebut disifatkan ‘panggilan untuk melakukan keganasan’.

Parti Buruh United Kingdom (UK) pada awal minggu ini menggantung ahli Parlimen, Andy McDonald kerana menggunakan frasa ‘antara sungai dan laut’ dalam ucapannya ketika menyertai demonstrasi pro-Palestin.

Persatuan Bola Sepak UK juga mengharamkan pemainnya menggunakan slogan tersebut dalam media sosial mereka.

Australia mengambil langkah serupa apabila menghalang demonstrasi pro-Palestin melaungkan slogan tersebut yang asalnya dihasilkan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan digunakan oleh Hamas.

Selain itu, Jerman mengisytiharkan slogan itu sebagai haram dan menggesa semua sekolah melarang murid memakai mafela Palestin.

Maksud slogan itu mencetuskan pelbagai pandangan daripada banyak pihak dengan kebanyakannya menyatakan isi kandungannya cuma satu, iaitu menzahirkan kesamaan, kebebasan untuk Palestin dan sejarahnya.

Pensyarah undang-undang di Pengajian Oriental dan Afrika di London, Nimer Sultany berkata, mereka yang menyokong dasar aparteid dan ketuanan Yahudi tidak akan menyenangi slogan tersebut.

“Kebebasan di sini merujuk kepada fakta rakyat Palestin telah dinafikan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri sejak Britain memberikan hak kepada Yahudi untuk menubuhkan tanah air di Palestin melalui Perjanjian Balfour 1917.

“Hal itu menjadikan punca masalah, penafian berterusan rakyat Palestin untuk hidup secara adil, bebas dan bermaruah,” katanya.

Beberapa penganalisis lain pula berpendapat, slogan itu tidak boleh diterjemahkan sebagai antisemitik.

“Bagi orang Yahudi, slogan ini menggambarkan tiada negara Israel, hanya Palestin dan sebab itu mereka takut dan tidak mahu mana-mana sekutunya menggunakan slogan tersebut.

“Slogan ini dilaungkan satu dunia dalam bahasa Inggeris, itu menunjukkan Barat juga solidariti dengan Palestin,” ujar mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya