Zionis bedil kawasan sekitar Hospital al-Quds - Utusan Malaysia

Zionis bedil kawasan sekitar Hospital al-Quds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Zionis melancarkan sejumlah peluru berpandu menggunakan pesawat pejuang di sekitar Hospital al-Quds di kejiranan Tel al-Hawa, awal pagi ini bagi memaksa penduduk yang mencari perlindungan di situ bergerak ke arah selatan.

Ketika ini, kira-kira 12,000 orang mencari perlindungan di hospital, selain kira-kira 400 pesakit dan ratusan yang cedera.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, Israel, semalam mengancam untuk mengebom hospital berkenaan.

Portal berita WAFA melaporkan, PRCS menegaskan mereka tidak akan sesekali berpindah, malah turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN