Wanita terkejut balik bercuti tengok rumah kena roboh

Wanita terkejut balik bercuti tengok rumah kena roboh

RUMAH keluarga Hodgson dirobohkan. - AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Seorang wanita sedang memikirkan tindakan boleh diambil selepas sebuah syarikat tersilap merobohkan rumah yang dimilikinya di barat daya Atlanta, Amerika Syarikat (AS).

Susan Hodgson berkata, dia menemukan timbunan sisa runtuhan di lokasi yang menempatkan kediaman keluarganya selepas balik daripada bercuti pada bulan lalu.

“Saya berasa terkejut dan amat marah, malah saya berfikir sama ada adakah semua ini sesuatu gurauan?,” katanya.

Menurut Hodgson, dia menerima panggilan daripada jirannya ketika sedang bercuti yang menanyakan padanya sama ada mengupah syarikat untuk merobohkan rumah kosong itu.

“Saya menafikan mengupah perkhidmatan demikian dan jiran memaklumkan beberapa pekerja baru sahaja merobohkan rumah keluarga saya,” katanya.

Hodgson berkata, jirannya cuba menjelaskan kepada pekerja syarikat itu namun mereka memintanya untuk tidak mengganggu kerja sedang dilaksanakan.

“Mereka menyuruh jiran saya diam dan jangan mencampuri urusan orang lain.

“Oleh itu, saya terpaksa meminta saudara saya pergi ke rumah untuk melihat apa sedang berlaku dan memeriksa permit tersebut.

“Setelah meneliti dokumen itu, pekerja itu mengakui berada di alamat rumah yang salah,” katanya.

Jelas Hodgson, rumah keluarganya dibina kira-kira 15 tahun lalu dan sentiasa berada dalam keadaan baik dengan rumput dipotong dan halamannya bersih.

Tambahnya, dia kini sudah memfailkan laporan polis dan sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan seterusnya. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya