Tentera Zionis bertempur dengan 'pihak tidak dikenali ' di sempadan Israel-Lubnan - Utusan Malaysia

Tentera Zionis bertempur dengan ‘pihak tidak dikenali ‘ di sempadan Israel-Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa pihaknya menggagalkan ‘sel pengganas’ di Lubnan, sambil menuduh ada kumpulan tidak dikenali di seberang sempadan melancarkan serangan bom mortar ke kawasannya sewaktu berperang dengan pejuang Hamas.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kawasan di Lubnan yang mana pihaknya mengesyaki kereta kebal antipeluru berpandu melancarkan serangan terhadap komuniti Israel berhampiran sempadan.4

Semalam, pihaknya terpaksa mengaktifkan amaran di seluruh utara Israel selepas tentera mengenal pasti sembilan serangan dilancarkan ke negara haram itu dari Lubnan.

Mengikut dakwaan tentera Israel kelmarin, serangan dilancarkan pihaknya membunuh sekurang-kurangnya empat pejuang warga Lubnan kerana cuba menyusup melintasi sempadan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu tidak memperincikan kemungkinan ada kumpulan yang bergabung dengan pejuang berkenaan.

Susulan perang Israel dengan Palestin, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat di seluruh dunia bahawa situasi itu berkemungkinan boleh merebak jika kumpulan pejuang Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan, bertindak campur tangan di utara Israel.

Sejak Hamas melancarkan serangan besar-besaran, terdapat banyak pertempuran berlaku di sempadan Lubnan-Israel, termasuk mengakibatkan tragedi berdarah terhadap masyarakat termasuk pangkalan tentera Israel berhampiran Gaza pada 7 Oktober lalu.

Ia mencetuskan serangan balas bertali arus tanpa henti dari Israel, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,478 orang maut di Semenanjung Gaza, kebanyakannya orang awam Palestin.

Di pihak Lubnan, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh termasuk seorang wartawan Reuters dan dua orang awam, ,manakala tiga maut di sebelah Israel.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN