70 orang maut dalam serangan terbaharu di Gaza

Sekurang-kurangnya 70 orang maut dalam serangan terbaharu di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza semalaman dan awal pagi tadi, kata pegawai Hamas.

Angka kematian itu didedahkan ketika tentera Israel mendakwa pasukannya melancarkan serangan ke atas kira-kira 320 sasaran di kawasan Palestin dalam tempoh 24 jam.

Pejabat media kerajaan Hamas menerusi kenyataan menyatakan lebih 60 orang terbunuh dalam serbuan Israel pada waktu malam.

Jumlah itu termasuk 17 orang yang terbunuh dalam serangan udara yang memusnahkan sebuah rumah di Jabaliya, utara Gaza.

Sementara itu, pejabat media itu dalam kenyataan berasingan memaklumkan sekurang-kurangnya 10 orang lagi terbunuh dalam serangan baharu berlaku pagi tadi.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mencecah sekurang-kurangnya 70 kes kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN