Ribuan rakyat Palestin berlindung di hospital terbesar Gaza

Ribuan rakyat Palestin berlindung di hospital terbesar Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Ribuan penduduk Palestin dilaporkan berlindung di Hospital Al-Shifa yang merupakan pusat kesihatan yang terbesar di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara tentera Israel yang berterusan di wilayah itu.

Lapor agensi Anadolu, Pengarah hospital, Mohamed Abu Slima memaklumkan kira-kira 35,000 penduduk Gaza ketika ini sedang berlindung di hospital itu daripada serangan Israel.

“Kesemua penduduk itu berada dalam keadaan panik. Mereka memasang khemah di pekarangan kompleks perubatan untuk keselamatan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, tentera Israel memberi amaran kepada 1.1 juta penduduk di utara Gaza untuk berpindah ke selatan semenanjung bagi membolehkan mereka melancarkan serangan darat.

Arahan itu menyebabkan beribu-ribu penduduk Palestin berlindung di hospital.

Kementerian Kesihatan berpangkalan di Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin terbunuh dan 200 cedera dalam serangan udara Israel ke atas konvoi trak yang membawa orang awam menuju dari utara Gaza ke selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN