Puluhan lagi maut, cedera serangan udara Israel di Gaza

Puluhan lagi maut, cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 37 orang lagi terbunuh dalam beberapa serangan udara berasingan yang menyasarkan dua kawasan kejiranan di kem pelarian di utara Gaza.

Lapor Al Jazeera, Kementerian Dalam Negeri di Gaza memaklumkan serangan udara Israel menyasarkan kawasan al-Qasaib dan Halima al-Saadia di Jabalia.

Di selatan Gaza, sekurang-kurangnya dua orang turut terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam serangan udara zionis awal pagi tadi.

Berdasarkan laporan, serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di bandar Hamad di Khan Younis.

Sejumlah individu dilaporkan maut di Yarmouk susulan satu lagi serangan udara Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN