Penyelamat misi Gaza takut, penat

Penyelamat misi Gaza takut, penat

IBRAHIM Hamdan menyifatkan misi menyelamat di Gaza amat sukar. - REUTERS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Seorang pekerja penyelamat di Gaza menyifatkan kerja-kerja menyelamat di kawasan dilanda konflik itu amat sukar berbanding apa yang dijangkakan.      

Malah, Ibrahim Hamdan mengakui dia sering berasa takut dan letih ketika melakukan misi berkenaan di tengah-tengah serangan udara tentera Israel yang berterusan.   

Ibrahim, 39, bertugas hampir sepenuh masa sejak konflik kembali tercetus pada minggu lalu, selain sempat mengelak serangan udara Israel yang sudah membunuh beberapa anggota paramedik setakat ini.

Menurut Ibrahim, dia juga menerima kira-kira 10 panggilan kecemasan sehari yang mana ada antara kerja menyelamat mengambil masa selama berjam-jam.

Dilaporkan, serangan udara Israel mengakibatkan banyak bangunan di Gaza musnah termasuk yang dihuni oleh orang awam sehingga pasukan penyelamat bergelut untuk tiba di lokasi kejadian dengan cepat.  

Dalam pada itu, Hamdan berkata, dia mengalami kecederaan pada tangan kirinya akibat serpihan terjatuh semasa menjalankan misi menyelamat pada Rabu lalu. 

Katanya, ketika itu, dia hanya mampu menarik keluar mayat dua kanak-kanak yang mati dalam runtuhan rumah di Khan Younis, selatan Gaza.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, sekurang-kurangnya 10 kakitangan perubatan terbunuh setakat ini.

Jelasnya, sebanyak 14 pusat kesihatan rosak termasuk satu-satunya hospital terletak di Bein Hanoun, utara Gaza. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN