Mesir, Israel, AS setuju laksana gencatan senjata di selatan Gaza - Utusan Malaysia

Mesir, Israel, AS setuju laksana gencatan senjata di selatan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Mesir, Israel dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju melaksanakan gencatan senjata di selatan Gaza bermula pukul 9 pagi (waktu tempatan) serentak dengan pembukaan semula lintasan sempadan Rafah, lapor dua sumber keselamatan Mesir hari ini.

Sumber berkata, gencatan senjata akan berlangsung selama beberapa jam tetapi masih tidak jelas mengenai tempoh sebenar usaha itu akan berlangsung.

Jelas sumber berkenaan, ketiga-tiga negara bersetuju bahawa Rafah akan dibuka sehingga pukul 5 petang (waktu tempatan) atau 10 malam waktu Malaysia hari ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN