Mahmoud Abbas isytihar tiga hari berkabung insiden serangan di hospital Gaza - Utusan Malaysia

Mahmoud Abbas isytihar tiga hari berkabung insiden serangan di hospital Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas mengisytiharkan tiga hari berkabung bagi mengenang mangsa serangan udara Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan itu mengakibatkan lebih 500 kematian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Mahmoud juga mengarahkan supaya bendera dikibarkan separuh tiang untuk mangsa pencerobohan Israel ke atas hospital tersebut dan semua orang yang terbunuh oleh pendudukan rejim zionis.

“Hospital itu melindungi beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal,” kata kementerian itu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, pihaknya sedang meneliti serangan yang dilaporkan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN