Lintasan Rafah bakal dibuka semula untuk bantuan kemanusiaan - Utusan Malaysia

Lintasan Rafah bakal dibuka semula untuk bantuan kemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Laluan sempadan ke Gaza yang dikawal Mesir, dijangka dibuka semula ketika usaha diplomatik dilaksanakan bagi membolehkan bantuan dihantar ke kawasan berkenaan.

Wilayah itu dikuasai pejuang Palestin, Hamas yang kini berdepan serangan bom rejim Israel sejak 7 Oktober lalu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau bagaimanapun tidak memberikan tempoh masa berhubung pembukaan laluan sempadan berkenaan.

“Rafah akan dibuka semula… kami sedang melaksanakan satu mekanisme antaranya bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mesir dan Israel bagi mendapatkan bantuan serta menyalurkannya kepada insan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, semalam.

Rejim Israel melakukan serangan balas membabitkan beberapa siri pengeboman paling dahsyat yang pernah dilihat Gaza.

Selain itu, Israel turut mengenakan sekatan ketat terhadap Gaza dan dilaporkan sedang bersedia melancarkan serangan darat.

Ratusan tan bantuan daripada beberapa negara dilaporkan terkandas di Semenanjung Sinai, Mesir selama beberapa hari sementara menunggu perjanjian untuk pembukaan semula sempadan bagi melengkapkan misi.

Pada masa sama, Blinken berkata, diplomat veteran AS, David Satterfield, dilantik sebagai utusan khas untuk isu kemanusiaan di Timur Barat, semalam.

Satterfield dijadual tiba di Mesir hari ini, untuk mencari kata sepakat berhubung misi kemanusiaan.

Sementara itu, seorang pegawai Palestin, seperti dilaporkan NBC News memberitahu laluan sempadan Rafah dibuka hari ini.

Memetik sumber keselamatan, ABC News melaporkan laluan itu akan hanya dibuka selama beberapa jam, hari ini tanpa memberikan butiran lanjut.

Israel sebelum ini menggesa ratusan ribu penduduk Gaza berpindah ke selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN