Lepas tembakan di Siam Paragon: Remaja dakwa dengar bisikan 'tembak orang' - Utusan Malaysia

Lepas tembakan di Siam Paragon: Remaja dakwa dengar bisikan ‘tembak orang’

REMAJA lelaki berusia 14 ditahan polis selepas melepaskan tembakan di Siam Paragon, Bangkok. - BIRO SIASATAN POLIS THAILAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang melepaskan tembakan di pusat membeli-belah ternama, Siam Paragon, semalam, mendakwa mendengar bisikan yang memberitahunya supaya ‘menembak orang’.

Bangkok Post melaporkan, perkara itu diberitahu remaja berkenaan ketika disoal siasat di Balai Polis Pathumwan.

Ketua Polis Negara, Jeneral Torsak Sukvimol berkata, remaja itu juga berada ‘dalam keadaan keliru’.

Malah katanya, remaja itu pernah menjalani rawatan kesihatan mental di Hospital Rajavithi.

Polis kemudiannya mengesahkan dua terbunuh dalam kejadian itu berbanding laporan awal menyatakan tiga terbunuh.

Mangsa adalah wanita warga China berusia 34 tahun dan seorang lagi warga Myanmar.

Mengikut data polis, remaja itu memasuki Siam PAragon melalui BTS Link pada pukul 3.35 petang (waktu tempatan).

Pada pukul 4.10 petang, tembakan didengari dari tandas dan remaja itu kemudiannya keluar dan terus melepaskan tembakan.

Pada pukul 4.25 petang, dia naik ke tingkat dua dan juga melepaskan tembakan serta ke tingkat tiga.

Polis bertindak menahan remaja itu di dalam kedai perabot di tingkat tiga.

Suspek adalah pelajar di sebuah sekolah swasta di Bangkok dan ibu bapanya merupakan tenaga akademik bergelar Profesor.

Ketika polis menggeledah bilik di kediamannya, polis menemukan beberapa peluru.

Dalam telefon bimbitnya, polis menemukan video dia berlatih menggunakan senjata api. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN