GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu Bulan Sabit Merah Palestin menerima amaran daripada pihak berkuasa Israel untuk segera mengosongkan hospital al-Quds di Semenanjung Gaza.
Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi hantaran di media sosial X, berkata laporan Bulan Sabit Merah Palestin mengenai ancaman pemindahan membabitkan hospital Al-Quds di Gaza amat membimbangkan.
“Kami mengulangi bahawa adalah mustahil untuk mengosongkan hospital yang penuh dengan pesakit tanpa membahayakan nyawa mereka.” – REUTERS











