GAZA CITY: Pihak berkuasa Kesihatan memaklumkan kebanyakan mangsa serangan udara Israel ke atas hospital di Gaza merupakan wanita dan kanak-kanak.
Malah, pihak berkuasa menjangkakan angka kematian akan meningkat jauh lebih tinggi memandangkan masih banyak mayat yang gagal dikenal pasti.
Lapor Al Jazeera, Lebih 500 rakyat Palestin maut dan ratusan lagi cedera dalam serangan udara Israel menyasarkan Hospital al-Ahli Arab.
Hospital itu berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi ribuan penduduk Palestin yang meninggalkan kediaman mereka di utara Gaza.
Di Gaza, sekurang-kurangnya lima hospital menerima arahan pemindahan dari Israel.
Dilaporkan, kira-kira 3,000 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak konflik meletus pada 7 Oktober lalu.