Hanya satu hospital di Gaza ada bekalan elektrik selama 24 jam - Utusan Malaysia

Hanya satu hospital di Gaza ada bekalan elektrik selama 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pusat perubatan utama Gaza, Hospital Al-Shifa hanya mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi untuk menjalankan jenteranya selama 24 jam, menurut doktor tanpa sempadan (MSF) semalam.

“Tanpa bekalan elektrik, banyak pesakit akan meninggal,” kata Guillemette Thomas, koordinator perubatan MSF untuk Palestin yang berpusat di Baitulmuqaddis.

Ribuan orang cedera di Gaza sejak 7 Oktober lalu akibat serangan udara Israel selepas Hamas melancarkan serangan ke wilayah Israel..

“Saya percaya semua pesakit berada dalam bahaya dan berisiko meninggal dunia dalam beberapa jam akan datang, kerana semakin sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan,” kata Thomas.

Thomas turut memberi amaran pesakit di unit rawatan rapi, neonatologi dan mereka yang menggunakan mesin sokongan pernafasan paling berisiko tinggi.

“Pesakit-pesakit dengan penyakit kronik seperti diabetes dan kanser dan wanita hamil juga berisiko kerana kekurangan ubat secara umum.

“Kenapa kita perlu biarkan mereka ini mati sedangkan dunia boleh bantu hantar segera bantuan ke Gaza dan halang Israel daripada meneruskan serangan ke wilayah itu,” jelasnya.

Hospital Al Shifa yang menyaksikan MSF sudah lama memberikan rawatan kepada pesakit yang melecur sejak bertahun-tahun merupakan satu daripada sebuah pusat perubatan di Gaza yang masih mempunyai bekalan elektrik.

Ribuan rakyat Palestin turut berlindung di hospital Al-Shifa kerana mereka mencari kawasan yang selamat daripada pengeboman berterusan.

Menurut MSF, adalah penting untuk hospital-hospital beroperasi semula dan gencatan senjata secara berkala mesti dijamin berlaku dalam usaha membawa bahan api dan ubat-ubatan ke pusat-pusat perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN