Hamas bebaskan dua lagi tawanan - Utusan Malaysia

Hamas bebaskan dua lagi tawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas mengumumkan mereka sudah membebaskan dua lagi tawanan.

Menurut sayap tentera Hamas, Briged Qassam, pembebasan kedua-dua tawanan itu, Nurit Cooper, 80, dan Yocheved Lifshitz, 85, hasil daripada rundingan bersama wakil dari kerajaan Mesir-Qatar.

Pelbagai media antarabangsa melaporkan perkembangan terbaharu ini dengan memetik kenyataan Qassam yang dikongsi di aplikasi Telegram.

“Kami memutuskan untuk membebaskan mereka atas sebab-sebab kemanusiaan dan kesihatan,” tambahnya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkan tawaran itu sebagai propaganda pembohongan Hamas.

Dengan pengumuman terkini ini, ia menjadikan jumlah tawanan yang dibebaskan setakat ini ialah seramai empat orang daripada jumlah keseluruhan yang dianggarkan seramai 222 orang.

Pada Jumaat lalu juga, Hamas membaskan dua wanita Amerika-Israel yang juga pasangan ibu dan anak, Judith dan Natalie Raanan.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa Israel mengesahkan pembebasan dua rakyatnya yang terdiri daripada warga emas iaitu Nurit Cooper, 80, dan Yocheved Lifshitz, 85.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN