Gaza: Israel dakwa serang lebih 600 sasaran dalam tempoh 24 jam

Gaza: Israel dakwa serang lebih 600 sasaran dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera Israel mendakwa pasukannya melancarkan serangan ke atas lebih 600 sasaran kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Dakwa tentera Israel, kesemua sasaran itu diserang dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Israel menganggap ia merupakan salah satu serangan paling sengit dalam pertempurannya ke atas Hamas.

“Kami sudah menyerang lebih 600 sasaran dalam tempoh 24 jam,” kata jurucakap tentera Israel.

Kata jurucakap itu, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 450 sasaran yang diserang sebelum ini.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa pasukannya membunuh puluhan pejuang dalam pertempuran semalaman di Gaza.

Katanya, kesemua anggota pejuang itu dibunuh ketika mereka cuba menyerang pasukan tenteranya di bangunan dan terowong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN