ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa Israel segera menamatkan serangan ke atas Gaza.
Ketegasan itu dibuat selepas tentera Israel meningkatkan serangan ke atas wilayah Palestin itu.
“Serangan rejim zionis ke atas Gaza semakin hebat dan sekali lagi menyasarkan wanita, kanak-kanak dan orang awam.
“Situasi itu memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
“Israel harus menghentikan `kegilaan’ ini dan menamatkan serangan itu segera,” kata Erdogan di aplikasi X.
Israel melancarkan serangan berterusan sejak pejuang Hamas melakukan serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 7,300 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan balas Israel ke atas wilayah itu.
Jumlah itu termasuk 3,000 kanak-kanak yang maut. – AFP










