Dihimpit kebuluran, keadaan daif, penduduk Gaza serbu pusat bantuan UNRWA - Utusan Malaysia

Dihimpit kebuluran, keadaan daif, penduduk Gaza serbu pusat bantuan UNRWA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Ribuan penduduk Gaza memecah masuk ke dalam gudang dan pusat pengedaran milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Organisasi itu berkata penduduk Gaza merampas tepung dan ‘barangan asas bagi kelangsungan hidup’.

“Ini adalah petanda yang membimbangkan bahawa ketenteraman awam mulai rosak selepas perang selama tiga minggu perang dan pengepungan ketat ke atas Gaza,” katanya.

Salah satu gudang, yang terletak di Deir al-Balah, adalah tempat UNRWA menyimpan bekalan daripada konvoi kemanusiaan yang menyeberang ke Gaza dari Mesir.

Bekalan bantuan ke Gaza terputus sejak Israel mula mengebom kawasan Palestin yang padat dengan penduduk sebagai tindak balas kepada serangan pada 7 Oktober lalu.

“Bekalan hampir habis, manakala bantuan kemanusiaan yang datang ke Semenanjung Gaza dengan trak dari Mesir tidak mencukupi.

“Keperluan masyarakat sangat besar, manakala bantuan yang kami terima adalah sedikit dan tidak konsisten,” katanya.

UNRWA berkata, keupayaannya membantu penduduk di Gaza terjejas sepenuhnya oleh serangan udara yang membunuh lebih daripada 50 kakitangannya dan menyekat pergerakan bekalan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN