China mahu kerjasama dengan Mesir stabilkan Asia Barat - Utusan Malaysia

China mahu kerjasama dengan Mesir stabilkan Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping memberitahu Mesir bahawa Beijing berharap dapat bekerjasama dengan negara itu untuk membantu menjamin kestabilan di Asia Barat selepas konflik Palestin dan Israel semakin memuncak.

Jinping dilaporkan bertemu Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouli di Beijing dan mengulangi sokongan China untuk penyelesaian dua negara serta merealisasikan kewujudan bersama secara aman Palestin dan Israel.

“China bersedia mempertingkatkan kerjasama dengan Mesir, menyuntik lebih banyak kepastian dan kestabilan ke rantau itu dan dunia.

“China dan Mesir adalah kawan baik yang berkongsi matlamat yang sama dan mempercayai antara satu sama lain, dan rakan kongsi baik yang bekerjasama untuk pembangunan serta kemakmuran bersama,” katanya dipetik penyiar rasmi China, CCTV.

Katanya lagi, Beijing juga bersedia bekerjasama dengan Kaherah untuk menjaga keadilan antarabangsa serta kepentingan bersama negara membangun

“Pada masa ini, situasi antarabangsa dan serantau sedang mengalami perubahan yang mendalam dan kompleks, dan dunia sedang mengalami perubahan pesat yang tidak dilihat selama satu abad,” tambah Jinping.

Sejak tercetus pergeseran antara Israel dan Hamas, Mesir menutup sempadannya dengan Gaza.

Namun Kaherah menyatakan bahawa pihaknya akan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza melalui lintasan Rafah.

“China menghargai peranan penting yang dimainkan oleh Mesir dalam meredakan keadaan dan menyokong usaha Mesir untuk membuka koridor kemanusiaan.

“Adalah penting untuk menghalang konflik daripada meluas atau kehilangan kawalan hingga menyebabkan krisis kemanusiaan yang serius

“Keutamaan adalah untuk menghentikan tembakan dan menghentikan perang pada tarikh awal,” tambahnya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN