Bekas PM Thailand, Thaksin selesai jalani pembedahan kedua

Bekas PM Thailand, Thaksin selesai jalani pembedahan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang kini dipenjarakan, dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan ortopedik.

Menurut pegawai penjara, ia merupakan pembedahan bekas pemimpin itu dalam tempoh beberapa minggu.

Menurut Jabatan Pemulihan dalam satu kenyataan, Thaksin menjalani pembedahan ortopedik selama lima jam.

Jelas kenyataan itu, Thaksin kini ditempatkan di unit rawatan rapi bagi proses pulih, tanpa mendedahkan butiran lanjut.

“Ketua Pengarah sudah mengarahkan ketua penjara Reman Bangkok untuk menyelia operasi itu,” jelas kenyataan itu.

Hartawan berusia 74 tahun kembali yang digulingkan sebagai Perdana Menteri ketika rampasan kuasa 2006, kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan, sekaligus dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Thaksin dipindahkan ke Hospital Besar Polis beberapa jam selepas dipenjarakan disebabkan mengalami masalah kesihatan.

Bulan lalu, anak perempuannya memaklumkan bapanya sudah menjalani pembedahan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Sebelum ini, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn meringkankan tempoh hukuman Thaksin dari lapan ke satu tahun penjara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN