Angka kematian di Gaza meningkat 2,750 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian di Gaza meningkat 2,750 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 2,750 orang sejak pergolakan tercetus minggu lalu, lapor kementerian kesihatan Gaza.

Menurut kementerian yang dikawal Hamas itu, kira-kira 9,700 orang cedera ketika Israel meneruskan kempen udara ke atas sasaran di Palestin.

Sementera itu, tentera Israel berkata, seramai 199 orang diculik oleh Hamas ke Semenanjung Gaza dalam serangan rentas sempadan yang mencetus peperangan dahsyat itu.

“Kami sudah memaklumkan keluarga 199 tebusan tersebut,” kata jurucakap tentera, Daniel Hagari pada taklimat media.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN