Ahmad Dhani berkempen untuk Mulan di pentas konsert Dewa 19

Ahmad Dhani berkempen untuk Mulan di pentas konsert Dewa 19

AHMAD Dhani semasa konsert di Pangkalan Lanud Wiriadinata Tasikmalaya, Jawa Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASIKMALAYA: Penyanyi, Ahmad Dhani sempat ‘berkempen’ ketika membuat persembahan di kota Tasikmalaya apabila meminta ribuan penonton konsert berkenaan mengundi isterinya, Mulan Jameela yang menjadi calon Pilihan Raya Legislatif (Pileg) pada 14 Februari depan.

Ahmad Dhani malah berjanji di hadapan penonton yang hadir jika isterinya menang, dia akan segera menaikkan pangkat kakitangan pejabat di Tasikmalaya selepas menyanyikan beberapa lagu terkenal Dewa 19 di atas pentas.

Mulan Jameela merupakan penyandang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Parti Gerindra di daerah pemilihan Jawa Barat yang meliputi wilayah Tasikmalaya dan Garut.

“Jangan lupa kepada semua hadirin untuk mengundi isteri saya. Jika isteri saya dan partinya menang, saya berjanji akan menaikkan pangkat pegawai di sini,” jerit Ahmad Dhani di pentas konsert berkenaan.

Konsert Dewa 19 di Lanud Wiriadinata yang diadakan Sabtu lalu turut menampilkan penyanyi lain seperti Type-X, Rossa, Ello dan Virzha dengan ribuan penonton membanjiri lokasi persembahan sejak awal petang.

Bagaimanapun beberapa penonton kedengaran tidak senang dengan ucapan Ahmad Dhani itu kerana disifatkan tidak sesuai pada satu acara konsert di mana penonton membayar harga tiket yang tinggi.

“Kalau percuma, tak salah kempen macam ni. Iyalah, kita bayar mahal untuk tiket menonton Dewa 19. Kenapa perlu dengar kempen pula, kami kecewa,” jerit penonton membalas laungan Ahmad Dhani di tepi pentas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN