7,703 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel

7,703 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 7,703 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel yang meletus pada awal bulan ini  di Gaza.

Data itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan.

Jelas kementerian, lebih 3,500 kanak-kanak antara mangsa yang maut dalam serangan tersebut.

Konflik berlanjutan antara Israel dan Hamas menyebabkan angka kematian tertinggi di Gaza sejak rejim zionis itu keluar dari wilayah itu pada 2005.

Terdahulu, tentera Israel meningkatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan menyasarkan puluhan sasaran Hamas terutamanya terowong bawah tanah.

Menurut perkhidmatan pertahanan awam di wilayah Palestin, serangan udara dan tembakan meriam memusnahkan ratusan bangunan dan kediaman penduduk di Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN