GAZA CITY: Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menganggarkan kira-kira 500,000 penduduk Palestin sudah meninggalkan utara Gaza setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Jurucakap Antarabangsa IDF, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus.
Lapor BBC, IDF masih mengekalkan dua laluan pemindahan yang selamat bagi penduduk wilayah berkenaan.
“Ketika operasi ketenteraan menuju ke fasa seterusnya, jadi adalah tidak selamat bagi orang awam untuk kekal berada di bandar Gaza,” katanya.
Ditanya mengenai insiden serangan Jumaat lalu yang mengorbankan kira-kira 70 orang di jalan yang dikenal pasti sebagai selamat oleh tentera Israel, Jonathan menegaskan bahawa IDF tidak menyasarkan orang awam.
Bagaimanapun, Jonanthan seolah-olah mengakui sifat operasi demikian mungkin bukan selalunya dapat mengelakkan orang awam daripada maut dan mengalami kecederaan.